Tuesday, February 19, 2013

kerinduan seorang adik..

cakap pasal kerinduaan.aku begitu rindu pada arwah abang aku iaitu MOHD FIRDAUS BIN IDRIS.arwah abang aku ni telah kembali kerahmatullah pada 21.10.2010.aku amat terasa sekali sewaktu pemergian arwah abang aku tu.aku sempat bercakap dengan arwah abang aku tu 2 hari sebelum dia pergi buat selama-lamanya.macam-macam arwah abang aku pesan kat aku.jadi anak yang soleh,taat perintah mak ayah,jadi pelajar yang cemerlang.tapi ada dua perkara yang arwah abang aku suruh aku janji dengan dia..."insyallah yop orang akan tunaikan janji orang kat yop".